I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sulaman Manik Nigina

Sulaman manik Nigina atas kurung batik plane yg sungguh menarik ini coraknya kepunyaan SitiNurhaliza.

Sulaman Manik Kerawang Simfoni Sabah

Sulaman manik Kerawang Simfoni Sabah atas kurung batik jessy yg sungguh menarik ini coraknya kepunyaan Stacy.

Sulaman Manik Tabur

Sulaman manik Tabur atas kurung batik merely yg sungguh menarik ini coraknya kepunyaan Heliza.

Sulaman Kerawang Mewah

Sulaman manik Kerawang Mewah atas kurung batik rosalinda yg sungguh menarik ini coraknya kepunyaan Sharifah Amani.

Sulaman Manik Crumble

Sulaman manik Crumble atas kurung batik crepe yg sungguh cantik coraknya kepunyaan Wardina Safiyya.

Saturday, November 19, 2011

Jom Tonton Video

Mari Belajar Jahitan Manik



Jenis-jenis Kristal dan labuci

Sulaman Manik pada busana akan kelihatan lebih menarik jika diletakkan kristal dan labuci yang berkilauan pada busana tersebut. Berikut adalah contoh-contah krista dan labuci yang di import dari Jepun untuk digunakan pada fabrik sulaman manik.

 Labuci Daun Bicon
 Labuci Manik Cube
 Labuci Bunga 6 Kelopak
 Paerl Swarovski
 Pearl White Swarrovski 
 Labuci Bunga 3 Kelopak

Peralatan Terkini dalam munyulam Manik

Alatan Lukis seperti di bawah ini :


 Washable Pen Dakwat Ungu dengan Eraser




Washable Pen Dakwat Magenta dengan Eraser

rekaan sulaman tangan benang emas

UNIK dan ELEGEN


           Apabila bercakap tentang benang emas, ia mengingatkan saya sulaman tekat yang dibuat pada mempulur di atas kain baldu. Kini, rekaan sulaman tangan benang EMAS yang dijumpai cukup istimewa yang dibuat dan disulam sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi. Sulaman teknik ini hanya menggunakan kain net sebagai medium dan juga benang emas sebagai bahannya.


           Gadis-gadis melayu swaktu zaman itu cukup mahir dalam seni sulaman tangan ini kerana untuk menghasilkan rekaan sulaman tangan bennag emas ini, mereka harus membilang dengan tepat urat-urat kain net tersebut sebelum ditusuk dan dijalinkan dengan benang emas satu persatu, Untuk tidak mengakibatkan bennag berpintal, kaedah penghasilan unting benang dijadikan seperti mana sulaman tekat. Ia dihasilkan supaya hasil yang diperolehi menjadi lebih kemas dan menarik.


Contoh-contah Sulaman Benang Emas yang direka khas pada tudung bawal untuk si gadis melayu.














Friday, November 18, 2011

Ilusi 3D yang Terkini Untuk Tahun 2011

TIPS :“Untuk mendapatkan tahap ketegangan benang yang sempurna, pastikan anda mencubanya pada perca kain yang sama dengan fabik asal yang hendak di jahit terlebih dahulu. Gunakan warna benang yang berbeza atas dan bawahnya. Pastikan benang atas dan bawah sekata dan fabrik tidak berkedut semasa mejahit. “

Koleksi Ilusi 3D









Teknik Sulaman Manik & Labuci: Bunga Sequin – Sequin Flower Bowl

Cara menyulam bunga sequin.

Penggunaan material seperti sequin flower saiz 5mm.

1.Lukis bulatan menggunakan erasable pen ke atas fabrik. Kemudian, masukkan sekeping flower bowl (warna mengikut citarasa) secara menangkup ke bawah dan disusuli dengan sekeping flower bowl dengan mengakup/ tengadah ke atas. Teknik ini sama dengan teknik manik bersayap (wing of sequin).

2.Susupkan jarum kedalam fabrik menghala ke bahagian dalam bulatan dengan mengmbil kira jarak jejari sequin. Ulangi langkah 1 sehingga penuh garisan keliling lakaran tadi.



3.Kemudian, isikan bahagian tgh dengan sebutir mutiara kaca (glass pearl) saiz 6mm sebagai inti. Pilihan lain, anda boleh mengisi inti bunga dengan teknik manik 3 serangkai (three beaded beads) 

Sekiranya bulatan anda besar, kemungkinan anda perlukan lebih dari 1 kali lilitan sulaman utk memenuhi 70% ruang lakaran. Apa yg penting kat sini, pertukaran material bole mengubah hasil akhir (output) sesuatu rekaan. Jangan takut utk mencuba pelbagai material. 

Selamat mencuba!

Teknik Sulaman Kombinasi Manik dan Benang


Sulaman Kombinansi Manik dan Benang ini boleh dijahit pada beg yang dihasilkan sendiri menggunakan kain yang bersesuaian seperti kain cotton.

Peralatan yang diperlukan seperti:
- Jarum, kain kosong,ram.

Cara-cara:

1. Mula-mula letak kain atas ram dan menggunakan teknik yang paling mudah iaitu “Long & Short stich (jahitan paling pendek).
2. Kemudian mereka bunga yang ingin dibentuk. 

Gambar 1.0 Rekaan Awal Sulaman Benang

3. Bunga di atas yang terjadi hasil-hasil dari teknik jahitan panjang pendek yan direka setelah jarum dicucuk dan ditaram cucuk dari atas susup ke bawah. 

4. Kemudian untuk bahagian daunnya, menggunakan teknik “Fly Stich” (Jahitan Bersayap). 

5. Sulaman tersebut direnggangkan sedikit jarak dari 1 susupan ke susupan yang lain. Jarak dari kiri ke kanan kita lebarkan bermula top slowly mengembang ke bawah. 

6. Baru nampak daun jadi kembang sikit. Sambung pulak dengan “Threaded Back Stich” (Jahitan Kia) sampailah abis dan sambung buat kudup bunga yang kedua bersama daun-daun lain.

7. Selepas itu, gunakan manik MIYUKI Hex 11/0 sebagai inti tengah bunga untuk memberikan dia nampak glittering. Boleh dibilang dengan jari maniknya. Untuk code manik hex ialah kodnya no 7. Warna oren gold, jenis silverline. 
8. Kemudian tambahakan beberapa glass pearls saiz 2mm cream color. Jahit jelujur sahaja dan jahitkan peral tersbut ikut rekaan masing-masing . 

Gambar 2.0 Enhancement With BE

9. Kemudian tambahkan 1 biji buah beri-beri di atas kain tersebut.

Gambar 3.0 Last Touch Up – Berry-berry

Selamat Mencuba !

Teknik Kombinasi Bunga Pahar Manik & Dip

Mari Mencuba...

Mula-mula proses menyusun daun dip untuk menjadikan gubahan bunga pahar manik!

Gambar 1.0 Process pencelupan..

Itulah daun-daun berwarna hijau untuk tatapan umum.

Selepas melalui proses mengering, menyusun, dan proses percantuman pun bermula.

Gambar 2.0 Process pengeringan

Selepas semuanya sudah siap dicelup, selepas kering proses seterusnya ialah mencantumkan semua menjadi sebatang bunga pahar manik.

Gamba 3.0 Bunga-bunga manik dan daun dip yg telah siap dicantum.

Selesai sudah dan sedia untuk digunakan.

Sulaman Manik Labuci Terkini November 2011

Teknik Sulaman yang terkini untuk November 2011 direka khas untuk 
para peminat busana kilauan sempena dengan sambutan aidiladha

Gambar 1.0: Bahagian hujung tangan – kombinasi teknik selang-seli dgn manik bersayap.

Gambar 2.0: Merupakan bentuk salah satu bunga yang dibahagian depan baju .

Gambar 3.0: Pandangan atas keseluruhan badan baju.

Untuk rekaan baju ini, antara teknik-teknik yang digunapakai – scattered bead, tali air, manik bersayap, sulaman stem dan selang seli. Manik pulak syaratnye kene pakai manik 11/0.

Wednesday, November 16, 2011

Video Sulaman Manik Crumble

Video Sulaman Manik Crumble

Saksikan....


Teknik Sulaman Bunga Pahar Bermanik

Kali ni saya nak berkongsi tentang teknik sulaman apa yang biasa dilakukan apabila tibanya musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah maknanye = kenduri kahwin.


Untuk buat bunga pahar, kita menggunakan manik bulat (round rocailles) keluaran China. Kenapa? Kos murah sedikit walaupun diri sendiri tauke manik MIYUKI Japan ltd co., tetapi harap maklum sahajalah..kos tinggi ooooo…


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gamba di bawah:


Gambar 1.0 Alatan untuk mulakan projek Bunga Pahar – cutter, dawai (saiz 0.4), manik China


Cara membuatnya sangat mudah :


1. Masukkan manik ke dalam dawai dan gelungkan (loop).


Seterusnya


Gambar 2.0 : Kelopak Kecil Bunga Pahar Manik


2. Buat sebanyak 4 kali gelung bagi setiap kelopak. Saiz makin lama makin besar.


Gambar 3.0 Kelopak besar bunga pahar manik


3. Kemudian tambah 3 lagi kelopak saiz besar.. (ikut suka hati)


4. Cantumkan semuanya


Gambar 4.0 Pegang & cantumkan semua kelopak


5. Selepas cantumkan semua, kita tambah atau tambahkan lagi kecantikan lagi rekabentuk bunga manik pahar ni dengan tambahan 3kali kelopak bunga besa.


Tips: Untuk memeriahkan pahar atas pelamin dan potong kos, buat bunga pahar yg kembang dan besar. Insya allah


1) nampak meriah
2) mewah dan yg penting
3) bajet




Gambar 5.0 Bunga Pahar yg 3/4 siap.

6. Bukakan semua kelopak dan..


Inilah bunga nya tapi belum siap sepenuhnya… saja menggayakan bunga ni..


Nanti bila dah digabungkan dengan kelopak dip dan reben2..cantiklah ni (puji diri sendiri..kahkahhh)


Selamat mencuba ye!

Teknik Sulaman Manik Bunga Sekuin (Saiz 20Sen)

Untuk bunga sekuin kali ini kita menggunakan duit syiling 20 sen..


Mula-mula...


Asas nya sama untuk membentuk kelopak bunga iaitu menggunakan teknik ‘Manik Bersayap (Wings of sequince)’. Cuma, apa yg lainnya di sini, susunan kelopak bunga dibuat dari sekuin yg berlainan saiz.. Teknik masih sama cuma kali ini instead of 2 keping sequin, kita gunakan 3 keping sequin saiz 6mm jenis transparent warna merah, sequin saiz 4mm flat kale putih, manik MIYUKI 11/0 RR code 1006, 8 dan manik MIYUKI 11/0 hex code 26.


Sebelum mula menyulam, pastikan semua manik yang dikehendaki dipilih dengan skema warna yg betul dan ketepikan. Letakkan atas piring atau tutup tupperware supaya manik tidak lari merata-rata dan yang paling penting, lakarkan bulatan sebesar duit syiling 20 sen.


Gambar 1.0 Lakaran bulatan


Kemudian, dari 1 bulatan bahagikan kepada 8 bahagian sama rata. Lepas itu, buatkan simpulan di bahagian belakang. Lepas itu, masukkan 4 butir manik MIYUKI 11/0 RR ke dalam benang, diikuti oleh sequin flat 4mm, curve 6mm dan jaitkan ke empat-empat penjuru.

Gambar 2.0 Set 4 penjuru awal


Habiskan ke empat-empat sudut. Kemudian,untuk set 4 sudut yg lain kita, terpakai 11/0 round 2 butir, manik hexagon dan barulah jadi deretan sequin.
Gambar 3.0 Kelapan-lapan penjuru telah disiap di sulam


Perlu diingatkan di sini, bila tarik tu kene kuat dan kemas. Lihat contoh penggunaan warna di sini, kita perlu pilih warna garang dan kontra untuk memberi impak kepada bunga di atas. kemudian, untuk membuat  layer kedua, perlu ulang balik tetapii kali ini dijait di antara lingaran bunga yang pertama. 
Gambar 4.0 Jahitan 4 penjuru.

Terakhir, inilah hasilnya. Kalau rajin, buka dan cuba buat banyak kali sampai mahir.

Gambar 5.0 Sekuntum Bunga Sequin
Tipsnya kat sini:
1. Pembahagian mesti sama rata. Kalau tidak sama rata nanti sengetlah bunga.
2. Mula dari tengah dengan 1 simpulan
3. Tapak kena ade supaya bunga nampak kukuh

Selamat mencuba! ♥♥♥

Kenapa Perlu Guna Teknik Tampalan Hotfix ?

Baiklah berikut adalah sebabnya :






  • Tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bahan-bahannya
  • Langsung tidak menggunakan elektrik
  • Boleh diaplikasi terus sama ada pada fabrik yang belum dipenuhi dengan sulama atau fabrik yang telah dipenuhi dengan aksesori sulaman lain
  • Sangat fleksibel untuk diaplikasikan pada fabrik tanpa batasan
  • Kristal melekat kukuh pada fabrik hanaya dalam tempoh 5 saat
  • Kristal hotfix yang telah dilekatkan tidak akan tertanggal biarpun anda mengkuisnya sejurus selepas menampalnya

Kenali peralatan



Yeeehaaaaa..


Rasanya ramai yang sudah mengetahui keperluan untuk menghasilkan sulaman manik.


Perkara pertama yang perlu adalah :


1.Beads & sequin, cutter atau gunting ( lebih baik cutter, senang dan cepat. Lagi satu sebab hujung cutter tajam. Kadang-kadang boleh pakai untuk tetas sulaman skali.)
2.Erasable pen ( tidak kisahlah jenama apa, janji ada tulis for textiles usage)
3. Benang, jarum ( guna saiz 11 panjang dan sesuai untuk jarum sulam. Pakai jarum panjang, senang hendak ‘timba’ manik dari bekas dan banyak sedikit manik boleh masuk sekali) dan kain. (rujuk gambar)





Perlu tahu juga........

Jenis manik-manik yang paling jenama dan paling glamor MIYUKI dan yang kedua ialah MATSUNO. Miyuki adalah jenama yg well known dalam mengeluarkan glass beads. Ape dia glass beads? Sila rujuk pakcik google…..hehehe





perlu tahu juga tentang jenis-jenis mutiara...

Ada pelbagai jenis seperti eye drop, rice pearl, dan yang bulat itu ialah pearl.


Sekian terima kasih