I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 18, 2011

Teknik Sulaman Manik & Labuci: Bunga Sequin – Sequin Flower Bowl

Cara menyulam bunga sequin.

Penggunaan material seperti sequin flower saiz 5mm.

1.Lukis bulatan menggunakan erasable pen ke atas fabrik. Kemudian, masukkan sekeping flower bowl (warna mengikut citarasa) secara menangkup ke bawah dan disusuli dengan sekeping flower bowl dengan mengakup/ tengadah ke atas. Teknik ini sama dengan teknik manik bersayap (wing of sequin).

2.Susupkan jarum kedalam fabrik menghala ke bahagian dalam bulatan dengan mengmbil kira jarak jejari sequin. Ulangi langkah 1 sehingga penuh garisan keliling lakaran tadi.



3.Kemudian, isikan bahagian tgh dengan sebutir mutiara kaca (glass pearl) saiz 6mm sebagai inti. Pilihan lain, anda boleh mengisi inti bunga dengan teknik manik 3 serangkai (three beaded beads) 

Sekiranya bulatan anda besar, kemungkinan anda perlukan lebih dari 1 kali lilitan sulaman utk memenuhi 70% ruang lakaran. Apa yg penting kat sini, pertukaran material bole mengubah hasil akhir (output) sesuatu rekaan. Jangan takut utk mencuba pelbagai material. 

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment