I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 18, 2011

Teknik Sulaman Kombinasi Manik dan Benang


Sulaman Kombinansi Manik dan Benang ini boleh dijahit pada beg yang dihasilkan sendiri menggunakan kain yang bersesuaian seperti kain cotton.

Peralatan yang diperlukan seperti:
- Jarum, kain kosong,ram.

Cara-cara:

1. Mula-mula letak kain atas ram dan menggunakan teknik yang paling mudah iaitu “Long & Short stich (jahitan paling pendek).
2. Kemudian mereka bunga yang ingin dibentuk. 

Gambar 1.0 Rekaan Awal Sulaman Benang

3. Bunga di atas yang terjadi hasil-hasil dari teknik jahitan panjang pendek yan direka setelah jarum dicucuk dan ditaram cucuk dari atas susup ke bawah. 

4. Kemudian untuk bahagian daunnya, menggunakan teknik “Fly Stich” (Jahitan Bersayap). 

5. Sulaman tersebut direnggangkan sedikit jarak dari 1 susupan ke susupan yang lain. Jarak dari kiri ke kanan kita lebarkan bermula top slowly mengembang ke bawah. 

6. Baru nampak daun jadi kembang sikit. Sambung pulak dengan “Threaded Back Stich” (Jahitan Kia) sampailah abis dan sambung buat kudup bunga yang kedua bersama daun-daun lain.

7. Selepas itu, gunakan manik MIYUKI Hex 11/0 sebagai inti tengah bunga untuk memberikan dia nampak glittering. Boleh dibilang dengan jari maniknya. Untuk code manik hex ialah kodnya no 7. Warna oren gold, jenis silverline. 
8. Kemudian tambahakan beberapa glass pearls saiz 2mm cream color. Jahit jelujur sahaja dan jahitkan peral tersbut ikut rekaan masing-masing . 

Gambar 2.0 Enhancement With BE

9. Kemudian tambahkan 1 biji buah beri-beri di atas kain tersebut.

Gambar 3.0 Last Touch Up – Berry-berry

Selamat Mencuba !

0 comments:

Post a Comment