I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 16, 2011

Teknik Sulaman Manik Bunga Sekuin (Saiz 20Sen)

Untuk bunga sekuin kali ini kita menggunakan duit syiling 20 sen..


Mula-mula...


Asas nya sama untuk membentuk kelopak bunga iaitu menggunakan teknik ‘Manik Bersayap (Wings of sequince)’. Cuma, apa yg lainnya di sini, susunan kelopak bunga dibuat dari sekuin yg berlainan saiz.. Teknik masih sama cuma kali ini instead of 2 keping sequin, kita gunakan 3 keping sequin saiz 6mm jenis transparent warna merah, sequin saiz 4mm flat kale putih, manik MIYUKI 11/0 RR code 1006, 8 dan manik MIYUKI 11/0 hex code 26.


Sebelum mula menyulam, pastikan semua manik yang dikehendaki dipilih dengan skema warna yg betul dan ketepikan. Letakkan atas piring atau tutup tupperware supaya manik tidak lari merata-rata dan yang paling penting, lakarkan bulatan sebesar duit syiling 20 sen.


Gambar 1.0 Lakaran bulatan


Kemudian, dari 1 bulatan bahagikan kepada 8 bahagian sama rata. Lepas itu, buatkan simpulan di bahagian belakang. Lepas itu, masukkan 4 butir manik MIYUKI 11/0 RR ke dalam benang, diikuti oleh sequin flat 4mm, curve 6mm dan jaitkan ke empat-empat penjuru.

Gambar 2.0 Set 4 penjuru awal


Habiskan ke empat-empat sudut. Kemudian,untuk set 4 sudut yg lain kita, terpakai 11/0 round 2 butir, manik hexagon dan barulah jadi deretan sequin.
Gambar 3.0 Kelapan-lapan penjuru telah disiap di sulam


Perlu diingatkan di sini, bila tarik tu kene kuat dan kemas. Lihat contoh penggunaan warna di sini, kita perlu pilih warna garang dan kontra untuk memberi impak kepada bunga di atas. kemudian, untuk membuat  layer kedua, perlu ulang balik tetapii kali ini dijait di antara lingaran bunga yang pertama. 
Gambar 4.0 Jahitan 4 penjuru.

Terakhir, inilah hasilnya. Kalau rajin, buka dan cuba buat banyak kali sampai mahir.

Gambar 5.0 Sekuntum Bunga Sequin
Tipsnya kat sini:
1. Pembahagian mesti sama rata. Kalau tidak sama rata nanti sengetlah bunga.
2. Mula dari tengah dengan 1 simpulan
3. Tapak kena ade supaya bunga nampak kukuh

Selamat mencuba! ♥♥♥

0 comments:

Post a Comment