I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 16, 2011

Teknik Sulaman Bunga Pahar Bermanik

Kali ni saya nak berkongsi tentang teknik sulaman apa yang biasa dilakukan apabila tibanya musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah maknanye = kenduri kahwin.


Untuk buat bunga pahar, kita menggunakan manik bulat (round rocailles) keluaran China. Kenapa? Kos murah sedikit walaupun diri sendiri tauke manik MIYUKI Japan ltd co., tetapi harap maklum sahajalah..kos tinggi ooooo…


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gamba di bawah:


Gambar 1.0 Alatan untuk mulakan projek Bunga Pahar – cutter, dawai (saiz 0.4), manik China


Cara membuatnya sangat mudah :


1. Masukkan manik ke dalam dawai dan gelungkan (loop).


Seterusnya


Gambar 2.0 : Kelopak Kecil Bunga Pahar Manik


2. Buat sebanyak 4 kali gelung bagi setiap kelopak. Saiz makin lama makin besar.


Gambar 3.0 Kelopak besar bunga pahar manik


3. Kemudian tambah 3 lagi kelopak saiz besar.. (ikut suka hati)


4. Cantumkan semuanya


Gambar 4.0 Pegang & cantumkan semua kelopak


5. Selepas cantumkan semua, kita tambah atau tambahkan lagi kecantikan lagi rekabentuk bunga manik pahar ni dengan tambahan 3kali kelopak bunga besa.


Tips: Untuk memeriahkan pahar atas pelamin dan potong kos, buat bunga pahar yg kembang dan besar. Insya allah


1) nampak meriah
2) mewah dan yg penting
3) bajet




Gambar 5.0 Bunga Pahar yg 3/4 siap.

6. Bukakan semua kelopak dan..


Inilah bunga nya tapi belum siap sepenuhnya… saja menggayakan bunga ni..


Nanti bila dah digabungkan dengan kelopak dip dan reben2..cantiklah ni (puji diri sendiri..kahkahhh)


Selamat mencuba ye!

0 comments:

Post a Comment